Kes 2 : Nego sampai RM10 je..
Saya berjanji dgn mamat ni nak jumpa lepas habis kerja. Dia tak cakap pukul berapa nak jumpa..katanya nnti dia sms blh kluar. Dia sms saya pukul 5. Saya balik kerja pukul 5.30pm. Terkocoh2 saya nak pergi kat Petronas yang dijanjikan tu. Mamat ni tak bg saya pos baju tu sbb dia nak wat surprise kat bini dia. Ok diringkaskan cerita last2 dia sampai petronas tu kul 7.30. Betul2 tgh azan maghrib.
Rupa2nya waktu dia sms saya suruh kluar tu..dia dari Seremban. Hampeh! Dia ingt Seremban dgn Gombak tu sebelah rumah je ke?!! Dah la petang2 orang balik kerja jalan Jammed. Adehhhh...
Ok itu belum habis lg cerita yang menyakitkan hati...ada lg. Saya jual baju tu RM30. Baju blouse. Then dia mintak nego lg time tu. Masa email2 tu takdelah dia mintak nego. Saya fikir lelaki..takkanla nak nego kan. Cakap punya cakap saya kata oklah RM20. Sbbnya saya dh malas dh tggu lama giler kat situ..nak balik makan..lapar giler dah masa tu. Then dia cakap lak RM30 tu u kata sekali dgn postage kan. Maknanya kena kurangla lg kan. Sbb saya dtg jumpa awak..takyah pos pun. Klw pos pun dah berapa kan. Katanya.
Tah kenapa saya terus kata oklah bayar je 10 ringgit. Mungkin sbb saya dah hangin tunggu lama sangat...mungkin sbb saya dah letih menunggu dan lapar masa tu...dan mungkin jugak saya kesian tgk dia sanggup dtg jauh2 dari Seremban naik kete kancil semata2 nak ambik baju unt wife dia...saya jual dgn harga RM10 sahaja. Bukan saja tak balik modal..malah saya rugi. Psl rugi duit tu kesal ada la jugak kesal...bodoh jual semurah tu. Klw saya tak bg dia pun mesti ada org lain beli. Plg koman Rm20. Dptla untung jugak. Ini tidak. Dan yg terkilan saya rugi masa...haritu saya terlepas tgk rancangan The Nanny..cite feveret saya dari pukul 6-7malam. Hampeh!
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment