Thursday, August 6, 2009

Cash On Delivery 1

Kes 1 : Tak Jadi Beli

Saya selalu jugak buat cash on delivery ni. Selalunya bila berjanji, saya lah yang akan tunggu mereka ni. Ada sorang customer tu kami berjanji jumpa di stesen minyak. Mula2 janji pukul 10. Dah saya siap2 nak pergi ni dia sms kata lambat sikit..kul 11. Ok seb baik tak kuar rumah lg. Alih2 nak dekat kul 11 dia cakap dia lmbt sikit. Kul 11.30 camtu. Oleh kerana saya dah kluar rumah saya kata takpelah saya tunggu je. 11.30 berlalu...dia tak muncul2. Saya tunggu sbb dia sms suruh tunggu. Last2 kul 12.30 baru sampai.

Mula2 jumpa terus dimintanya diskaun lagi. Sedangkan perjumpaan tu dibuat kerana kami telah meterai harga jual beli tu. Dia dah mintak nego habis2an dah sebelum tu sampai saya bg last price then dia setuju. Kami jumpa alih2 dia mintak diskaun lg. Saya kata lah tak blh dah...last price dah tu. Sape yang meniaga nak rugi kan...

Dia mintak izin nak cuba dulu baju tu kat toilet stesen minyak tu. Klw ikut hati saya taknak bg. Sbbnya baju yang dia nak beli tu baju Nikah warna putih. Karang kotor plak klw try kat situ. Tp fikir dia nak beli kan..ikut suka dialah. Lama saya tunggu dia kat luar toilet tu. Bukan tunggu dalam kereta tau. Dia ni jenis pompuan bergaya tak hengat sikit..jadi lamalah nak tggu dia salain baju tu. Dah tu nak tacap mekap balik. Adeeehhhh...

Dah kuar toilet tu dia datang kat saya. Dia cakap : "Maafla..saya tak jadi beli..tak muat."...

" What?!!!"Saya rasa nak menjerit je time tu. Berkurun menunggu takde hasil. tapi saya senyum je walau dalam hati sumpah seranah bagai. Tapi yang kelakarnya dia bg alasan tak muat...sdgkn baju tu mmg besar dan saya rasa klw dia nak pakai kena oter lagi bg nampak cutting sedang2. Hemm saya kata takpela klw mcm tu dan beransur mintak diri. Saya tahu dia tak jd beli sbb harga tu saya tak kurangkan lg. Bayangkan dari RM200 jadi RM120. Gilo ko klw saya kurangkan lg. Jgn kata balik modal..nak balik rumah pun tak dapat untung langsung.

Sehari selepas tu ada org beli. Alhamdulillah..Alih2 dia call saya balik tanya nak beli baju tu. Haha..saya gelak je dan cakap SOLD OUT already. Klw takde org beli lg time tu pun, saya tetap akan kata dah SOLD OUT. Tak kuasa nyah nak tunggu dia habis mekap. Huhu...

No comments: